Pengenalan

Perpustakaan Desa PNM Kampung Pomotodon adalah Perpustakaan Desa di bawah peruntukan khas 2005 bernaung di bawah Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan.

Perpustakaan Desa PNM ini merupakan perpustakaan dibawah Jabatan Perpustakaan Negara Malaysia. Manakala Perpustakaan Negeri Sabah bekerjasama dalam membantu kerja-kerja pengurusan dan pemantauan seluruh Perpustakaan Desa PNM di negeri Sabah.

PD PNM Kampung Pomotodon ini terletak di Belakang Dewan Pisompuruan Kampung Pomotodon. Pekan yang terdekat sejauh 2 km iaitu Pekan Inanam yang terletak dalam daerah Kota Kinabalu Sabah. Perpustakaan ini merupakan salah satu daripada 5o Perpustakaan Desa PNM yang terdapat di dalam negeri Sabah.

Bangunan Perpustakaan ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, Timbalan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal-ehwal Pengguna Sabah pada 02 Jun 2006 di Dewan Pisompuruan Kg Pomotodon.